Monday 4 July 2011

KOMPOSISI


Komposisi maksudnya susunletak atau susun atur subjek dan elemen elemen lain dalam sekeping gambar supaya ia kelihatan cantik menarik selain mesej yang mahu disampaikan.
Prinsip prinsip komposisi biasanya tertakluk kepada tiga perkara utama iaitu :-
1. Subjek Utama - Determined Subject.
2. ROT- Rules of third
3. LEAD - leading to the subject.
Elemen utama dalam gambar ialah subjek utama (SU). SU mesti ditonjolkan dalam gambar.
ROT pulak penyusunan tempat letak subjek utama yang hendaklah berada pada posisi 1/4 atau pada mana mana bucu sudut gambar.
LEAD pulak kemasan atau aturan bagaimana subjek utama dan ROT dibantu agar menjadi lebih dinamik dan tidak kaku.



Keluarga ini adalah subjek utama. Posisi mereka di penjuru kanan gambar ialah ROT. Manakala ruang hadapan mereka menghadap kelaut itu adalah LEAD - yang membawa keberkesanan mesej gambar kepada pesisir pantai dan orang orang sedang mandi sebagai supporting subject. ROT juga boleh diperhati pada horizon langit yang kedudukan nya 1/4 manakala bumi 3/4. Angle of view gambar ini berada pada separa bird eye view iaitu pandangan dari sudut +- 45 darjah dari atas.

No comments:

Post a Comment