Sunday 24 May 2009

Digital Photograpy Dua


Photography is fun. Orang Cina kata " a picture worth of thousand words". Kerana itu, semua orang galas kamera bila perlu untuk berkongsi dan menyebarkan maklumat. Kalau zaman dulu, 36 dedahan boleh habis dalam dua kelip mata sahaja terutama yang guna kamera berkuasa motor drive. Hari ini, semua camera digital dilengkapi motor drive terbina. Memory card pula berupaya merakam antara 250 hingga 1000 lebih imej tertakluk kepada saiz fail yang anda guna. Oleh itu, merakam gambar memang boleh buat seseorang lupa lautan..


Masaalah nya ialah bila hendak mengurus gambar-gambar tersebut. Menyimpan dan mencari untuk digunakan semula memang poning khususnya dalam situasi terdesak. Ia boleh meregangkan rasa. Tekanan - seperti diketahui berupaya mencetuskan impact tanpa dugaan dan kadangkala boleh mencecah tahap diluar kewarasan.


Sesungguhnya anda memerlukan satu sistem pengurusan imej digital yang professional. Teknologi digital mempunyai semua pilihan untuk ditawarkan. Tidak kira anda mahu mendigitalkan filem slaid 35mm atau filem negatif atau gambarfoto lama atau imej digital tersedia, kami mempunyai jawapan untuk masalah ini. Anda bukan sahaja mampu mengesan gambar diperlukan dalam split second tetapi boleh diakses secara online jika dihubungkan kepada rangkaian internet. Inilah yang dikatakan maklumat di hujung jari.

Digital Photography Satu


Pada zaman dahulu, fotografi adalah sesuatu yang sangat ekslusif. Hanya golongan diraja dan bangsawan sahaja yang layak menceburi bidang ini. Pada abad 19, ia masih lagi mampu mempertahankan statusnya. Wibawa dan profesionalisme jurufoto masih menjadi jaminan dan keperluan untuk menghasilkan produk fotografi berkualiti.

Namun, berada pada abad milanium ini, fotografi tidak lagi seperti dahulu. Teknologi telah merubah semuanya. Jurufoto telah hilang profesionalime mereka seperti Raiders of the lost Ark. Sesiapa saja mampu menghasilkan gambarfoto berkualiti tinggi dari aspek teknikal kerana fotografi digital akan membantu anda sehingga tahap 80 peratus. Anda hanya perlu memahirkan diri dengan features yang ditawarkan oleh setiap kamera digital. Selebihnya, yang perlu dipelajari dan dikongsi pengalaman untuk baki 20 peratus lagi ialah beberapa teknik dan tips dari veteran kerana kreativiti adalah anugerah dan teknologi tidak dapat membantu. Kreativiti perlu diasah dan mengasahnya berhajat kepada bimbingan, tunjukajar dan sessi kritikan.

Selain daripada itu, imej telah menjadi sebahagian daripada nadi kepada kerabat multimedia yang digunakan sebagai alat untuk komunikasi lebih berkesan.

Fenomena ini menyumbang kepada keperluan setiap individu mempelajari ilmu fotografi ke tahap termampu. Tidak kira mereka pelajar, petugas awam atau swasta dari kalangan jurutera, penyelidik, ahli sains, guru, pensyarah, pengurus, juruteknik dll semuanya memerlukan sokongan imej berkualiti untuk menyampaikan taklimat atau menterjemahkan lapuran bertulis dalam bentuk visual atau sebagai ilustrasi bahan penerbitan ilmiah dan promosi. Di Cerenkov Scientific Sdn Bhd. kami boleh membantu anda dengan cara berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang apa yang selalu disebut-sebut sebagai Industrial Photography, Scientific Photography, Commercial Photography, Photojournalism, photographic Arts, Travel Photography, Event Photography, Landscape Photography dan Close-up atau Micro Photography.
Butiran lanjut hubungi kami di talian 03 8706 4894 HP: 019 322 4895 Fax : 03 8706 4895 atau email : crv5161@streamyx.com