Tuesday 13 September 2011

CAHAYA

Cahaya nyawa fotografi. Tanpa cahaya tiada fotografi. Elemen cahya dalam fotografi boleh di bagi dua. Satu ialah cahaya yang diperlukan untuk merakam dan merekod imej. Dan dua pula cahaya yang perlu untuk kosmetik imej dirakam.
Elemen satu bersifat teknikal dan asas paling penting yang kita kena tahu ialah color temperature yang mempengaruhi spektrum warna imej kelak. Dalam dunia digital anda tidak perlu pening kepala kerana teknologi elektronik telah membantu dengan anda hanya perlu laraskan punat WB ( white balance), semua setting akan OK.
Elemen dua ialah cahaya untuk maksud kosmetik produk fotografi. Ia dipanggil juga cahaya kreatif. Cahaya kreatif berperanan mencipta dan meninggalkan mood pada sekeping gambar. Cahaya ini terbagi dua pula. Satu dipanggil available light dan satu lagi artificial light. Available dari sumber semulajadi persekitaran manakala artificial dari sumber sistem pencahayaan elektronik samaada lampu kilat (flash) atau lampu studio. Kemahiran mengguna teknik dan bermain dengan sumber sumber cahya inilah yang memartabatkan nilai sesebuah karya fotografi dan ianya perlu dipelajari kerana teknologi terhad untuk membantu.
Antara teknik yang biasa digunakan ialah bounce, diffuse , reflex , backlighted atau silhouette, high key dan low key.
Foto tanpa kesan cahaya dikatakan hambar atau flat. Macam kopi tanpa gula. Teknik bounce, diffuse dan reflex bertujuan menumpulkan kesan cahaya yang terlalu tajam keatas objek . Dengan mengguna teknik ini kita boleh mengawal mood cahya keatas objek kita mengikut keperluan. Mungkin untuk kesan menonjolkan wajah lebih gebu misalnya. 
Teknik backlighted dan silhouette pula mencipta mood kontras yang maksima menjadi objek lebih dramatik untuk dihayati.
Highkey ialah formulasi panggunaan cahaya keatas objek terang dan low key keatas objek gelap. Tanpa teknik dan formulasi tertentu gambar gambar yang objeknya gelap (hitam) atau terang(putih) sukar dibangkitkan kontrasnya untuk menjadikan ianya menarik dan dinamik.
Selain itu sudut pencahyaan juga amat penting di ambil kira kerana sudut pencahayaan sesuai akan menimbulkan ilusi  kontras 3D yang menyelerakan mata.

No comments:

Post a Comment