Sering menjadi isu, bagaimana memilih kamera terbaik. Atau manakah diantara kamera dipasaran dianggap terbaik. Apakah ciri-ciri yang menterjemahkan nilai sesebuah kamera. Ada pihak melihat pada jenama. Ada pihak terpengaruh dengan rupabentuk. Sebahagian lagi menilai dengan melihat aspek teknikal.
Apa pun sebab musababnya, setiap sesuatu hampir pasti ada pro dan kontranya. Agak mustahil mendapati ianya lengkap dan sempurna 100%. Ini hukum alam.
Selalu orang bertanya kepada saya, manakah satu kamera yang sesuai untuk dibeli? Satu soalan yang mudah tetapi tidak mudah menjawabnya - kerana pandangan invidu sentiasa tidak sama. Namun pada hemat saya, sebelum memutus untuk membeli sebuah kamera, kita perlu lihat akan beberapa aspek.
1. Apakah aplikasi produk fotografi yang kita kehendaki.
Bidang fotografi mempunyai cabang-cabangnya sendiri yang menuntut penyesuaian literature produk akhirnya. Jika kita menghendaki produk akhir kita sebuah karya seni dari media fotografi - selalu disebut fine art photography, kehebatan peraltan bukan kriteria utama. Cukup dengan kamera digital biasa. Tetapi jika produk akhir kita ialah sebuah poster pengiklanan ( commercial photography) kita perlukan sebuah kamera kapsiti tinggi dari semua aspek khususnya keupayaan pixel.
2. Keupayaan kewangan atau peruntukan yang sanggup dibelanjakan.
Kewangan sangat penting kerana beza harga diantaranya sangat ketara.
3. Ciri-ciri kemampuan (features) yang ditawarkan oleh sesebuah kamera.
Features merujuk kepada keupayaan dan kemampuan yang boleh digunakan oleh sesebuah kamera. Misalannya keupayaan menukar berbagai jenis lensa, keupayaan merakam imej berterusan, keupayaan memilih shooting mode berbagai fungsi untuk semua suasana, memilih ISO dan sebagainya.
4. Keupayaan teknikal.
Aspek teknikal menentukan kualiti teknikal. Komponen paling penting dalam hal ini ialah lensa dan pixel. Ketajaman sesebuah lensa selain dipengaruhi oleh ketepatan fokus, ia bergantung juga kepada kualiti dan lapisan kimia (chemical coating) pada lensa tersebut. Pixel pula menentukan resolution. Lagi tinggi angka pixel lebih baik kualiti resolution.
5. Jenis, Jenama dan rekabentuk.
Dalam dunia digital, untuk aplikasi umum terdapat dua jenis utama kamera iaitu Digital Camera dan Digital Single Lens Reflex Camera (DSLR). DGcam biasanya bersaiz kecil dan digunakan untuk snapshot dan tidak menawarkan ciri-ciri alatambah. Namun terdapat jenis ini yang mempunyai keupayaan pixel yang tinggi.
DSLR ialah jenis lebih ektrim dan menawarkan tiga kategori pengguna iaitu kegunaan amatur, semi-pro atau advanced amatur dan profesional. Kategori ini mungkin dari jenama yang sama atau mungkin dari pengeluar yang berbeza.
Sebagai contoh pengeluar Nikon mempunyai siri D70, D80 atau D3000, D7000 untuk golongan amatur, Siri D200. D300. D700 untuk Semi-Pro dan Siri D2. D2X. D3 untuk golongan profesional. DSLR, sistemnya boleh di rongkah ( dismantle) bahagian-bahagian tertentu untuk berbagai tujuan.
Siri DGcam dibawah RM2000.00. Siri amatur di bawah RM6000.00. Siri Semi Pro antara RM8000.00 ke RM15,000.00 dan siri Pro dari RM15,000.00
Sementara itu, kamera khusus untuk kegunaan saintifik dan teknikal atau medical seperti Infra Red, Thermal dll harganya sangat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu RM.
bagusnyer...nice entry...sedap dibace..faham n jelas...tq=)
ReplyDeleteterima kasih erra..selamat membaca dan menimba ilmu fotografi supaya anda tidak menyebut kodak untuk maksudkan filem seperti mana sering berlaku pada zaman dulu dulu..
ReplyDelete