Sunday 24 May 2009

Digital Photograpy Dua


Photography is fun. Orang Cina kata " a picture worth of thousand words". Kerana itu, semua orang galas kamera bila perlu untuk berkongsi dan menyebarkan maklumat. Kalau zaman dulu, 36 dedahan boleh habis dalam dua kelip mata sahaja terutama yang guna kamera berkuasa motor drive. Hari ini, semua camera digital dilengkapi motor drive terbina. Memory card pula berupaya merakam antara 250 hingga 1000 lebih imej tertakluk kepada saiz fail yang anda guna. Oleh itu, merakam gambar memang boleh buat seseorang lupa lautan..


Masaalah nya ialah bila hendak mengurus gambar-gambar tersebut. Menyimpan dan mencari untuk digunakan semula memang poning khususnya dalam situasi terdesak. Ia boleh meregangkan rasa. Tekanan - seperti diketahui berupaya mencetuskan impact tanpa dugaan dan kadangkala boleh mencecah tahap diluar kewarasan.


Sesungguhnya anda memerlukan satu sistem pengurusan imej digital yang professional. Teknologi digital mempunyai semua pilihan untuk ditawarkan. Tidak kira anda mahu mendigitalkan filem slaid 35mm atau filem negatif atau gambarfoto lama atau imej digital tersedia, kami mempunyai jawapan untuk masalah ini. Anda bukan sahaja mampu mengesan gambar diperlukan dalam split second tetapi boleh diakses secara online jika dihubungkan kepada rangkaian internet. Inilah yang dikatakan maklumat di hujung jari.

No comments:

Post a Comment