ROT ialah istilah diguna dalam teknik susunletak subjek utama dalam sekeping imej yang mahu dirakamkan. Prisipalnya mudah saja iaitu letakduduk subjek hendaklah sentiasa diposisi satu pertiga dari mana-mana sudut gambar yang diinginkan kelak.
Teknik ini membunuh kesan statik kepada sesebuah karya gambar. Sebaliknya ia membantu menjadikan gambar lebih berkesan dan dinamik.